DUNGUN 4 Julai – Kos keseluruhan seorang pelajar kejuruteraan ke Jepun di bawah program Dana Pinjaman Pendidikan Tinggi (DPPT) boleh mencecah RM1.4 juta seorang, kata Pengerusi Yayasan Pelajaran MARA (YPM), Datuk Dr. Rosli Mat Hassan.
Bagi mengisi tabung dana Kumpulan Wang YPM, pihak yayasan telah mengenal pasti sumber utama daripada pelbagai kumpulan dan kategori penyumbang seperti badan korporat dan individu, anak-anak syarikat YPM, pulangan pelaburan YPM, komuniti MARA serta hasil daripada aktiviti amal.
Yayasan Pelajaran MARA merupakan perbadanan yang ditubuhkan di bawah Seksyen 25, Akta Majlis Amanah Rakyat (MARA) 1996, pada 1 Mei 1969.
Matlamat penubuhan YPM adalah untuk menyumbang usaha ke arah mempertingkatkan taraf sosio ekonomi bangsa Melayu dan masyarakat bumiputera menerusi kemajuan dalam bidang ilmu dan pendidikan.Antara program yang dilihat paling ‘menjadi’ di bawah program YPM ialah Projek Dana Pinjaman Pendidikan Tinggi (DPPT).
Projek ini diusahakan dengan dana daripada pihak kerajaan Jepun di bawah Program Pandang Ke Timur. Bidang Pengajian di bawah program ini meliputi kejuruteraan dan disiplin yang berkaitan dengannya.Katanya kos penghantaran bagi setiap pelajar di Jepun adalah cukup tinggi. Beliau memberitahu, bagi setiap seorang pelajar, kos yang diperlukan ialah RM450,000.
Petikan dari Utusan Online